11 years ago
Thursday, April 28, 2011
Jenis-Jenis Laporan
Jenis-jenis laporan dapat ditentukan berdasarkan sifat & kandungan laporan itu.
a. Laporan Lisan.
- Laporan Berita
- Laporan Langsung
b. Laporan Tertulis.
- Laporan Tahunan
Adalah laporan yang disediakan oleh sesebuah persatuan, organisasi, syarikat atau institusi yang bertujuan agar menyediakan perancangan yang lebih baik untuk mencapai prestasi yang lebih tinggi pada masa akan datang. Biasanya laporan ini dibuat setahun sekali dan disampaikan mengikut urutan tahun.
- Laporan Khas
Adalah laporan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang pantas, tepat dan jelas. Laporan ini berguna kepada organisasi agar masyarakat mendapatkan gambaran sebenar sesuatu peristiwa.
- Laporan Prestasi
Adalah laporan yang mengandung penjelasan tentang tugas yang telah selesai dan kejayaan yang dicapai oleh sebuah syarikat atau organisasi.
- Laporan Penilaian
Adalah laporan yang menyatakan mutu, nilai, keadaan atau sifat sesuatu yang menjadi fokus penilaian. Matlamat akhir laporan penilaian adalah memberi maklumat kepada pihak tertentu untuk membuat keputusan atau hanya sebagai makluman.
- Laporan Sulit
Adalah laporan yang mengandung maklumat tentang latar belakang individu dimana maklumat tersebut harus tepat. Selain itu untuk membantu sesuatu pihak membuat keputusan terhadap permohonan seseorang calon.
- Laporan Kajian
Adalah laporan yang dilakukan oleh sesuatu ketua atau lembaga yang dipertanggung-jawabkan untuk mengkaji sesuatu isu, kejadian, dasar dll. Hasil kajian dituangkan dalam bentuk laporan dan disampaikan kepada pihak tertentu untuk tindakan selanjutnya. Tidak bersifat fiksi.
- Laporan Kunjungan
Adalah laporan yang bertujuan mencatat peristiwa yang berlaku selama kunjungan itu berlangsung. Dilaporkan mengikut perkembangan peristiwa, Tepat dan mudah dipahami.
- Laporan Aktifitas
Adalah laporan yang bertujuan untuk Merakamkan atau memaklumkan sesuatu. Laporan ini ditulis mengikut format tertentu dan disediakan oleh sekretaris asosiasi.
0 comments:
Post a Comment